[X] Close Me
Sign In   |   Join Free   |    Enquiry Basket (0)   |  
 
Trademal.com home
 Home   |   Contact Us   |   Help   |   Career   |   Partners & Links
Companies Products Trade Leads My Trademal Trade Fairs
Trademal   |   Web Search
Popular Searches: manufacturer, paper, food, coffee, toys, stationery, chemical, office supplies, bag, cctv
 
 
   
Home
About Us
Contact Us
Catalog (0)
Promo Products (0)
Bookmark this page
Tell your friends
Feednews
Subscribe to this
newsletter



 
 
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
 
About Us
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

OBJEKTIF
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

.

STRATEGI PERLAKSANAAN
Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh.

Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan.

Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian, dan

Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.



MISI KORPORAT
MandatWawasanPernyataan AmanatNilai Bersama Piagam Pelanggan Motto

Mandat, Wawasan dan Nilai Bersama adalah bertujuan untuk dihayati dan diamalkan oleh semua anggota MARA ke arah mewujudkan sebuah organisasi korporat yang cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa.


MANDAT
"Dengan kuasa yang diberi, kekal turun temurun, MARA akan melaksana tanggungjawab bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan di seluruh Malaysia dalam bidang-bidang berikut:- a) Perdagangan dan Perindustrian
b) Kemudahan Pembiayaan
c) Usahasama atau sebagai Agen Pengurus
d) Pelaburan Ekuiti
e) Penubuhan dan Pertanggungan Institusi Latihan
f) Apa-apa jua yang difikirkan perlu atau berfaedah oleh Majlis &
g) Aktiviti tambahan yang mendapat kelulusan kerajaan, bertujuan untuk memajukan kaum bumiputera. "


WAWASAN

"Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa:

a) Pemegang amanah ekuiti
b) Penggerak dan pemangkin yang aktif
c) Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan & perdagangan
d) Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan
e) Sebagai organisasi pemikir. "


PERNYATAAN AMANAT

"Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan."

NILAI BERSAMA

Anggota Organisasi
"Kami adalah golongan profesional yang amanah, jati diri, berdaya tahan, ukhuwah, penyayang & mesra serta beriltizam kepada organisasi dan pelanggan."
Proses/Sistem
"Mengamalkan kepimpinan berjemaah, telus dan dinamik."
Organisasi
"Organisasi perintis, berwawasan, berdaya saing, cermat & berhemat serta adil."
Prestasi
"Memastikan pembangunan yang berterusan dan cemerlang."


PIAGAM PELANGGAN MARA
"Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :

' Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara

' Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari'

' Memastikan semua pelajar tajaan MARA di seberang laut akan menerima elaun bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.'

' Setiap panggilan ke Ibu Pejabat MARA akan dilayan tidak lewat daripada 30 saat samada oleh Telefonis atau melalui mesin sistem kendalian panggilan.' "

MOTTO

"MARA terus mara"


ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam.

Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah.

Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London dan Washington D.C. serta mempunyai organisasi sekutu di Asia Timur, Eropah, Afrika dan Amerika Utara.


 
 
 
Contact Us
 
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tingkat 22 Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, 50350. MALAYSIA
 
 
     
     


Want to advertise?
Click here
for more details.
 
       
 
Home   |   About Trademal.com   |   Memberships   |   My Trademal   |   Career   |   Partners & Links   |   Contact Us
Advertise With Us   |   Partnerships   |   Help
Terms of Use   |   Disclaimer
Copyright © 2006 - 2007 Artisense Webtech Sdn. Bhd.