[X] Close Me
Sign In   |   Join Free   |    Enquiry Basket (0)   |  
 
Trademal.com home
 Home   |   Contact Us   |   Help   |   Career   |   Partners & Links
Companies Products Trade Leads My Trademal Trade Fairs
Trademal   |   Web Search
Popular Searches: manufacturer, paper, food, coffee, toys, stationery, chemical, office supplies, bag, pencil
 
 
   
Home
About Us
Contact Us
Catalog (4)
Tea (1)
Coffee & Tea ... (3)
Promo Products (0)
Bookmark this page
Tell your friends
Feednews
Subscribe to this
newsletter



 
 
Tuah Marketing Corporation Sdn Bhd
 
About Us
Tuah Marketing Corporation Sdn Bhd
Allahyarham Haji Zainal B. Haji Said telah mengasaskan syarikat yang diberi nama TUAH STORE pada tahun 1957. Menjelang Hari Kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 1957, Serbuk Kopi Campuran yang pertama telah dikeluarkan oleh beliau dengan jenama HANG TUAH. Perusahaan Desa secara kecil-kecilan itu dijalankan bersama-sama ahli keluarga beliau. Tapak perusahaan itu sehingga kini masih digunakan iaitu di Sungai Lokan, Sungai Dua, Seberang Perai. Kawasan pasaran ketika itu tertumpu di sekitar daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang sahaja. Allahyarham dengan gigih meneruskan perusahaan walaupun mengalami banyak halangan dan masalah ketika itu.

Setelah perusahaan kecil-kecilan berjaya diuruskan selama lebih kurang 17 tahun, perniagaan semakin berkembang dan maju, maka keputusan telah diambil supaya TUAH STORE digantikan dengan penubuhan SYARIKAT HANG TUAH SDN. BHD. Ianya ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Julai 1974. Segala operasi termasuk harta TUAH STORE telah diambil alih oleh syarikat yang baru ini. Bagi mengembangkan pasaran di luar kawasan, Serbuk Kopi Campuran HANG TUAH telah mula memasuki pasaran Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 1969. Perniagaan Serbuk Kopi Campuran terus mendapat sambutan masyarakat dengan peningkatan penjualan. Maka pada tahun 1995 sebuah bangunan baru telah didirikan di tapak yang sama iaitu di Sungai Lokan. Bangunan yang berharga RM400,000.00 ini digunakan sebagai pejabat dan gudang simpanan biji-biji kopi.

Permintaan terhadap Serbuk Kopi Campuran HANG TUAH terus meningkat dan ini memerlukan strategi yang lebih tersusun oleh pihak pengurusan. Satu daripadanya ialah dengan mengambil keputusan supaya sebuah kilang yang baru dan moden perlu didirikan. Akhirnya pada akhir tahun 1998, sebuah bangunan kilang baru telah siap dibina di atas sebidang tanah seluas 1 ekar. Kilang baru ini terletak di tapak IKS PERDA, Kubang Menerong. Kos bangunan sahaja bernilai RM 2.4 juta, tidak termasuk lain-lain kos.




Satu lagi strategi adalah mewujudkan Pusat Kajian dan Pembangunan untuk produk-produk baru di samping meningkatkan mutu produk yang sedia ada. Pusat ini akan diwujudkan di kilang baru. Pihak syarikat bercadang untuk berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi menjayakan pusat ini.




Walaupun sebuah kilang yang serba moden telah didirikan, pihak pengurusan akan sentiasa terus merancang untuk memajukan perusahaan ini bagi bersaing di pasaran tempatan dan global.




 
 
 
Contact Us
 
Tuah Marketing Corporation Sdn Bhd
2799, Taman IKS Perda Kubang Menerong,, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 13300. MALAYSIA
 
 
     
     


Want to advertise?
Click here
for more details.
 
       
 
Home   |   About Trademal.com   |   Memberships   |   My Trademal   |   Career   |   Partners & Links   |   Contact Us
Advertise With Us   |   Partnerships   |   Help
Terms of Use   |   Disclaimer
Copyright © 2006 - 2007 Artisense Webtech Sdn. Bhd.